Monday, June 25, 2012

Marah dan Maaf


     Manusia diciptakan dengan emosi yang baik dan jahat. Emosi kita hendaklah dipandu dan dikawal agar kita memperoleh hati yang tenteram dan seterusnya membawa kepada kehidupan yang aman dan damai. Salah satu perasaan yang mesti dikawal ialah marah. Sifat menahan marah dan saling memaafkan akan membawa kepada ketenangan jiwa.







      Pentingnya sifat menahan marah mendorong Nabi Muhammad apabila diminta oleh seorang lelaki agar berpesan atau mengajarnya mengenai sesuatu perkara, menjawab ringkas iaitu ‘jangan marah’. Lelaki itu seperti tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia mungkin merasakan apalah besar sangat kebaikan menahan marah. Lalu dia bertanya kali kedua mengharapkan agar Rasulullah memberitahu amalan lain yang lebih besar pahalanya. Tetapi Rasulullah tetap mengulangi perkataan ‘jangan marah’. Untuk mendidik sifat baik dalam diri perlulah menghampiri diri dengan memperbanyakkan melakukan ibadat wajib dan sunat.  




Allah amat menyukai hambanya saling memaafkan dan menahan marah.


Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 134)


   
          Maafkanlah semua orang yang kita kenali sebelum tidur dan doakanlah kesejahteraan mereka dengan harapan Allah membuka hati mereka untuk memaafkan kita jika kita pernah melakukan kesalahan terhadap mereka. Ia juga akan menghapuskan dendam - dendam hati yang pastinya akan memakan diri kerana sesungguhnya dendam itu membawa keburukan yang nyata kepada individu dan masyarakat. 






         








No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...