Thursday, May 31, 2012

Berita Harian Online | Pekerja Sikh, Muslim di NY dibenarkan pakai turban, serban

Berita Harian Online | Pekerja Sikh, Muslim di NY dibenarkan pakai turban, serban





NEW YORK: Pekerja transit beragama Sikh dan Islam dibenarkan memakai penutup kepala tanpa perlu meletakkan logo agensi berkaitan selepas pertikaian undang-undang selama bertahun-tahun selesai. 


Kenyataan itu diumumkan di antara pekerja dan Pihak Berkuasa Pengangkutan Metropolitan (MTA) hari ini.
Agensi berkenaan berdepan saman mahkamah selepas membuat keputusan sebelum kejadian 9/11 bahawa pekerja beragama Sikh dan Islam yang memakai turban serta serban tidak dibenarkan bekerja di khalayak ramai.
Peraturan itu kemudiannya ditukar apabila agensi berkenaan membenarkan pekerja terbabit memakai pelindung kepala di khalayak ramai tetapi perlu meletakkan logo MTA. - AP 

WASIAT PALSU SYEIKH AHMAD.- Dr. Yusuf Qardhawi (II)


Bahagian ketiga: Fatwa oleh Majlis Fatwa Kebangsaan 1978.

KHURAFAT DAN BOLEH MENJATUHKAN MURTAD

           Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh Katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

           Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967- hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah:
       
          Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), 
anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), 
adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan 
anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al- Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979). 

             Bekas Menteri Besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).

           Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.7/78/I).

           Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya di Pekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini 'termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.' "Surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIKH AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda."

Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulama sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si pengirim."

Wassalam.

by - Sham

WASIAT PALSU SYEIKH AHMAD.- Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN:


Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya. Kerana itu, saya mohon penjelasan Ustaz untuk menjelaskan isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.


Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa'il khair
(pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syeikh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw, yang ditujukan kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat. Juga berisi macam-macam nasihat.


Pada bahagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay
terdapat seseorang yang menyalin surat tersebut dan
membahagi-bahagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah, ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya meninggal dunia pada hari itu."


Dalam surat tersebut dikatakan bahawa orang yang telah
memperolehi dan membaca wasiat itu tetapi tidak
menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah
besar.


Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebut?
Apakah benar atau tidak?




JAWAPAN:


Memang ramai orang yang bertanya tentang wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syeikh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.


Untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam surat tersebut, saya pernah menanyakan kepada
orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi mengenai orang yang disebut Syeikh Ahmad itu beserta aktivitinya. Dari informasi yang didapati, ternyata tidak ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syeikh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar luas di negara-negara umat Islam.


Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan
nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi
wasiat yang diasaskan pada pendapat Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.


Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu
mengikuti pendapat Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, kerana Al Quran telah mengatakan dengan jelas:


"... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat
waktunya." (Al Ahzab: 63)


Begitu pula Nabi saw telah bersabda:


"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan)
seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil
memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari
tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan
Sahl bin Sa'ad)


Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahawa kaum wanita
sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan ramai yang
telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya
tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah mencukupi untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:


"... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu
agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu,
dan telah Kuredhai Islam menjadi agamamu ..." (Al
Maa'idah: 3)


Orang yang beranggapan bahawa Din Islam yang telah
disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, bererti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.


Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakutkan orang yang tidak mahu menyebarluaskannya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal fikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Al Quran harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Sahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.


Kalau Al Quran dan Sunnah Rasul tidak begitu, maka
bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini
merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang Muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.


Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa si Fulan di negeri ini dan ini kerana telah menyebarluaskan wasiat
tersebut ia mendapat rezeki sekian puluhan ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta.


Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan menyelewengkan akal fikiran umat Islam.


Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahawa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. Sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat yang batil itu.


Sesungguhnya syafaat Nabi saw juga diperuntukkan bagi
umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadith-hadith sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui mimpi) bahawa
Rasulullah saw bersabda:


"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh
syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah
mengikrarkan "Laa ilaaha illallah" dengan perasaan
ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)


Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Dia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan dan kebatilan.


-----------------------
Fatwa-fatwa Kontemporer
Dr. Yusuf Qardhawi
Gema Insani Press




Wednesday, May 30, 2012

Bidadari Dunia


10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan
Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.


2. Banyak bercakap
Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.


3. Suka marah-marah
Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.


4. Hasad dengki
Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).


5. Kedekut & bakhil
Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.


6. Bermegah-megah
Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia
Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).


8. Ego atau sombong
Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.


9. Ujub dan suka bangga diri
Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.


10. Gemarkan pujian atau riak
Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.


Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasukdalam kategori melakukan dosa besar.





Sumber: www.ustazazhar.net

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah

Tasbih, Tahmid dan Takbir


HIKMAH EMAS DIBALIK IMAN - Yusuf Mansur Network

        Keterbatasan daya nilai manusia yang males belajar dan lemah malas beribadah sungguh2 kadang membimbingnya pada kesimpulan yang salah. Sesuatu yang dianggap bernilai, ternyata hanya biasa saja. Dan sesuatu yang sangat tidak menarik untuk diperhatikan, apalagi dianggap bernilai, ternyata punya nilai yang tidak terkira.


          Hiasan-hiasan duniawi pun kian mengokohkan keterbatasan daya amal manusia itu. Tidak banyak yang mampu memahami bahwa ada satu hal di dunia ini yang jauh dan sangat jauh lebih bernilai dari dunia dan isinya. Itulah hidayah Allah yang tidak tertandingi dengan nilai benda apa pun di dunia ini.


          Ada bidang tanah yang berada di tepian sungai jernih, sangat cocok untuk ternak berbagai jenis ikan. Ada juga bidang tanah yang sudah menghampar sawah padi dan ladang. Ada satu bidang tanah lagi yang sangat tidak menarik: tanah tandus dengan tumpukan pasir-pasir kering di atasnya.


Pesan Orangtua kepada keempat anaknya dalam perumpamaan ini : Beruntunglah yang memilih tanah tandus.


          Anak pertama memilih tanah pepohonan hijau. Anak kedua pun langsung memilih tanah dengan aliran sungai jernih. Begitu pun dengan yang ketiga, ia merasa berhak untuk memilih tanah yang ketiga dengan hamparan sawah dan ladangnya. Dan tinggallah anak yang keempat dengan tanah tandusnya.


Apa engkau kecewa, adikku, dengan tanah tandus yang menjadi hakmu? ucap para kakak kepada si bungsu.


           Di luar dugaan, si bungsu hanya senyum. Ia pun berujar, Aku yakin, pesan ayah dan ibu tentang tanah tandus itu benar adanya. Yah, justru, aku sangat senang!


           Sementara, kakak-kakak mereka sudah bernikmat-nikmat dengan tanah-tanah tersebut. “Aku yakin, ayah dan ibu menulis pesan yang benar. Tapi di mana keberuntungannya? bisik hati si bungsu dalam kerja kerasnya.


            Suatu kali, ketika ia terlelah dalam penggalian panjang tanah tandus itu, hujan pun mengguyur. Karena tak ada pohon untuk berteduh, si bungsu hanya berlindung di balik gundukan tanah galian yang banyak mengandung bebatuan kecil. Tiba-tiba, matanya dikejutkan dengan kilauan batu-batu kecil di gundukan tanah yang tergerus guyuran air hujan.


           Ah, emas! Ya, ini emas! teriak si bungsu setelah meneliti bebatuan kecil yang sebelumnya tertutup tanah keras itu. Dan entah berapa banyak emas lagi yang bersembunyi di balik tanah tandus yang terkesan tidak menarik itu


( Info Syiar Islam )


ISRA MIRAJ NABI MUHAMMAD SAW dan Santunan anak2 yatim,janda.Duafa. Sabtu, 9 Juni, jam, 19,30 malam s/d slsai, Jln. Kebun nanas Selatan 2. Pasar Sawo.jakarta timur. Atas Kehadiran / Do'anya. Jazakumulloh Kheir- Wass.Wr.Wb. Tlng Bantu sebarkan.
(Alfagier Al habib Salim Al Atthos) dan (al habib Ahmad bin Ali al hadad) 


( Informasi Buku )
Buku Risalah Menuju Jannah 
by Ihsan Tandjung Rp 50,000,


Sebuah buku renungan : Undangan ke surga, Menuju kehidupan sejati, Fadhilah amal wirid dzikir & Ghozwul fikri. Website Sumber : bolehjadikiamatsudahdekat.com
Sms ke HP: 08151821657

Wednesday, May 23, 2012

Mohammed Taha Al-junaid - Surat Hood ~

Al - Fatihah


KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS II


         Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi kecuali tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

           Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus."
         Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong.
"Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu."

        "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu.
Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu.

         Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

          "Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani.
"Berhenti, jangan lanjutkan."

          "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang."
Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"

        Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu saja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu.

          Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampu menjatuhkan aku.

          Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."
Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya.

           Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan .

          Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

        "Barang siapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman."
Hadis Riwayat Muslim

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS



         Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang takwa dan tawakal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.




          Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.




"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus di banteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang di asahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab.


          Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yang menyerupai sebagi manusia.


            "Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis.
Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah- sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu."


"Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang saja."


"Tidak boleh, kemungkaran mesti di banteras," jawab si alim bersikap tegas.


"Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.


"Akan saya teruskan!"


Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta- minta ampun.


Kemudian dengan berdiri menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"


Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi.


            Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan saja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.


               Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas.



Zikir Harian


Sunday, May 13, 2012

Darjat Ke - 7: Nafsu Kamilah II


Sifat-sifat tercela (Mazmumah)

        Sebagaimana yang kita telah ketahui , bahawa diri kita akan menjadi diri yang suci bilamana hati kita tidak dibelenggu lagi oleh sifat-sifat yang dicela atau mazmumah. Hati yang penuh dengan sifat mazmumah akan menjadikan hati sentiasa dikunjungi oleh syaitan. Kunjungan syaitan pada hati adalah merupakan kunjungan untuk menawan dan mengawal hati kita. Apabila syaitan dapat mengawal dan berkuasa pada hati kita, syaitan akan bawa hati kita menderhakakan Allah swt. Hati yang telah dikawal dan dikuasai oleh syaitan tidak akan membawa tuannya kepada mentaati Allah.

          Jadi untuk menggelakkan diri kita sentiasa dalam kutukan dan kemurkaan Allah, kita perlu menyucikan hati kita dari segala sifat jahat yang selalu bermaharajalela di dalam hati kita. Kita perlu bermujahadah dan berjuang untuk mengikis buang segala sifat tercela itu bersungguh-sungguh, jangan memberi peluang langsung kepada syaitan untuk membelenggu diri kita.

           Sebelum kita melalui proses bermujahadah membuang segala sifat-sifat yang keji dan jahat pada diri kita itu, perlu pula kita mengenali dan mengetahui apakah sifat-sifat buruk yang masih bertapak dalam hati kita itu. Apakah puncanya? Setelah kita mengenali jenis dan punca penyakit yang dihidapi oleh diri kita, barulah boleh kita berusaha untuk mengubati penyakit tersebut. Sama juga dengan penyakit zahir perlu diketahui terlebih dahulu apakah jenis penyakit dan apakah sebab-sebabnya. Apabila kita telah dapat mengesan jenis penyakit itu, barulah boleh kita berusaha untuk mengubatinya.

          Di sini terdapat beberapa jenis penyakit yang selalu bermain-main dalam hati dan diri kita. Marilah bersama-sama kita kaji, mencari punca dan sekaligus mencari cara untuk menghindarkan diri kita daripada wabak penyakit itu. Penyakit-penyakit yang selalu dihidapi oleh kita, termasuklah pada diri saya sendiri.

Antaranya ialah :

1. Bahaya lidah 2. Marah 3. Hasad dengki 4. Bakhil 5. Sukakan kemuliaan dan kemegahan 6. Riak 7. Sombong (takabur) 8. Ujud (hairankan diri) 9. Tipu daya (ghurur)



http://muscom.iluvislam.com/?p=38

Darjat Ke - 7: Nafsu Kamilah



          Tingkat nafsu ini adalah tingkat yang terakhir dan yang tertinggi sekali. Tingkat ini jarang dicapai oleh jiwa-jiwa seperti kita. Tingkat ini biasanya dicapai oleh para Rasul, Nabi-Nabi, para Sahabat dan wali-wali besar sahaja. Golongan ini akan meningkat dari darjat fana(binasa) kepada baqa(kekal) dengan Allah Taala sentiasa. Di tahap ini seseorang itu tidak perlu bersusah payah dengan bermujahadah dan berusaha melawani desakan hawa nafsu dan syaitan, kerana sifat kesempurnaan telah mendarah daging dan bersebati dengannya.

Firman Allah: Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan. (Yusuf: 53)

       Musuh kita yang paling jahat ialah nafsu kita yang berada di antara dua lambung kita. Kejahatan nafsu melebihi kejahatan syaitan atau iblis. Jadi permusuhan kita dengan nafsu kita sendiri melebihi permusuhan kita dengan syaitan. Namun, syaitan dapat menguasai diri kita melalui nafsu yang berada pada diri kita. Dengan kata lain, nafsu merupakan talibarut atau suruhan syaitan untuk menerangi kita.

         Menyedari tentang hal ini, maka janganlah kita tertipu oleh nafsu kita sendiri. Kerana sesuatu yang datang darinya adalah yang dapat menipu-dayakan kita. Sekiranya kita lupa dari bermuhasabah terhadapnya, kita akan dihanyutkan olehnya. Bahkan sekiranya kita gagal dalam menentang dan melawannya, kita akan diseret masuk ke Neraka.
Untuk menyelamatkan diri, kita kenalah bertakwa kepada Allah. Renungilah sebanyak manakah usia kita yang telah kita pergunakan untuk mencari kebahagian Akhirat, kerana renungan seumpama itu sebenarnya dapat membasuh hati kita.
Sabda Rasullulah SAW: Berfikir satu saat itu lebih baik dari ibadah setahun.
Pendekkan angan-angan , memperbanyakkan berzikir pada Allah, menjauhi tegahan-tegahanNya, menahan dari mengikut kehendak hawa nafsu dan syahwat. Ini adalah nafsu itu berhala. Oleh itu sekirannya kita tunduk dan memperhambakan diri pada nafsu, bermakna kita telah tunduk dan menyembah berhala.

Berkata Yahya bin Muaz ra:

        Bermujahadah menentang nafsumu iaitu dengan melakukan ketaatan pada Allah dan melakukan latihan-latihan (riadah kerohanian). Latihan itu ialah dengan menghindarkan tidur, mengurangkan percakapan, tahan menanggung kesakitan dan bala dari manusia serta mengurangkan makan. Maka lahirlah dari sedikit tidur itu, sucikan kemahuan. Sedikit percakapan dapat menyelamatkan diri daripada berbagai penyakit. Dengan menanggung kesakitan dari manusia akan mendapat menyampaikan maksud dan cita-cita. Dan sedikit makan akan mematikan nafsu, kerana membanyakkan makan akan mengeraskan hati dan menghilangkan cahaya. Sedangkan cahaya (nur) hikmah itu ialah lapar, sedangkan kenyang dapat menjauhkan diri dari Allah.
Rasullulah SAW bersabda: Jangan kamu mematikan hati kamu dengan memperbanyakkan makan dan minum, kerana hati akan mati seperti mana tanaman akan mati apabila terlalu banyak disiram dengan air.

Rasullulah SAW bersabda:
Sesungguhnya syaitan akan menusuk masuk ke dalam tubuh anak Adam melalui tempat pengaliran darah. Maka persempitkan tempat aliran darah itu dengan berlapar.
Rasullulah SAW bersabda lagi: Tiga perkara yang membinasalkan: Hawa nafsu yang ditaati, kebakhilan yang dituruti dan hairan seseorang itu terhadap dirinya sendiri.

Nafsu dan Turutanya


Nafsu Manusia mengikut turutan:


Nafsu Ammarah @ Tirani

Nafsu Lawwamah @ Penuh Penyesalan

Nafsu Mulhamah @ Terilham

Nafsu Muthmainnah @ Tenteram

Nafsu Radliyyah @ Redha

Nafsu Mardliyyah @ Diredhai Tuhan

Nafsu Kamilah @ Suci

Enam Darjat Nafsu II


AN-NAFSUL-MUTMAINNAH
Perjalannya beserta Allah.
Alamnya Alhaqiqatul Muhammadiyah
Sifatnya di martabat Ta’ayunul-Awwal iaitu martabat wahdah.
Tempatnya di Sirr
Halnya hati tetap kepada Allah.
         Wiridnya ialah sebahagian daripada rahsia-rahsia syariat atau batin ilmu syariat iaitu Makrifat Ilmu Hakikat.
         Sifatnya Aljud iaitu murah hati, tawakkal, tidak pemarah, beribadat, syukur, redha qadha Allah, sabar di timpa bala, berperangai seperti perangai nabi, patuh segala kata nabi dan perbuatannya.
Wiridnya ‘HAQQUN HAQQUN’ atau ‘YAA HAQQUN YAA HAQQUN’

AN-NAFSUR-RADHIYAH
Perjalanannya Fillahi Taala.
Alamnya Alamul-Lahud iaitu Alamudz-Dzat
Tempatnya dalam Sirrus-sirr (Rahsia dalam rahsia).
Jalannya fana’.
Inilah makam ‘LAA MAUJUDA ILLALLAH’
Tiada wirid.
          Sifat orang pada martabat ini membenci segala-gala selain Allah swt, Ikhlas kepada Allah, warak, lalai selain dari Allah, redha tanpa menentang, tenggelam dalam keindahan Allah yang mutlak.
          Keadaannya tidak menghalangnya menunjukkan orang ramai ke jalan kebajikan, dan mencegah dari melakukan kejahatan. Tiada siapa mendengar kata-katanya melainkan kata-katanya bermanfaat kepadanya. Sedangkan hatinya terus bulat dengan Syuhud akan Alamul Laahut dan Sirrus-sirr.
          Membanyak zikir ‘HAYYUN’ supaya masuk ke martabat nafsul mardhiyah dan sayugialah diperbanyakkan sebutannya beserta dengan (isim haiy) iaitu ‘ALWAHHAABUL FATTAA KHUL WAHIDUSSOMADU’

AN-NAFSUL MARDHIYAH
       Perjalanannya dengan Allah Taala iaitu mendapatkan ilmu daripada Allah dan pulang semula kepada makhluk setelah sampai kepada Allah untuk memberi Irsyad (petunjuk jalan) kepada makhluk iaitu membimbing kejalan menuju Allah.
Alamnya Alamul Ajsad.
Tempatnya di dalam Khafi.
Halnya Al-Hirah yang makbul.
Wiridnya Syariat,
          Sifatnya perangai yang baik dan meninggalkan segala-gala selain Allah, lemah lembut kepada semua orang, menunjuk jalan kepada manusia jalan-jalan berbuat kebajikan, memaafkan kesalahan orang, menyintai seluruh manusia, cenderung mengeluarkan dari kegelapan tabiat dan nafsu mereka kepada cahaya ruh mereka.
         Zikirnya ‘ISMULLAHIL QAYYUM’ atau ‘YAA QAYYUM YAA QAYYUM YA QAYYUM’
serta memperbanyakkan supaya berkesan pada hatinya.



http://1khalifah.wordpress.com/2010/08/09/6-darjat-nafsu/

Enam Darjat Nafsu

Enam martabat nafsu manusia yang perlu kita ketahui:


AN-NAFSUL-LAWWAMAH
         Nafsu yang mengkeji segala perbuatan jahat atau maksiat tetapi belum bebas dari maksiat disebalik kegemarannya melakukan perbuatan mentaati Allah, tetapi belum tetap melakukannya.
         Sebenarnya sedang diperingkat memerangi hawa nafsu Ammarah. Setiap kali melakukan dan mahu melakukan maksiat atau kejahatan, ia mencela dirinya dan tidak gemar perbuatan itu.
Nafsul Lawwamah mempunyai enam perkara:
1. Mempunyai perjalanan iaitu Lillahi Taala yakni semata-mata kerana Allah.
2. Alamnya Alamul Mitsal (Alam Barzakh).
3. Tempatnya di hati.
4. Halnya cintakan berbuat ibadat yang diperintahkan Allah.
5. Wiridnya iaitu Ilmu Thariqat.
6. Sifatnya iaitu mengeji segala kejahatan dan menyesali diri sendiri apabila cuai berbuat kebaikan, banyak memikir-mikir, ujub, riya’, banyak menentang orang lain, suka menjadi ketua, menyesal masih lagi ada sesetengah nafsul ammarah.
         Ia melihat benar itu benar dan batil itu batil, mengetahui segala sifat jahat itu dicela syara’ tetapi belum bebas darinya.
         Ia gemar beribadat tetapi dalam hatinya suka orang memuji amalannya. Jika hilang ujub, riya’nya sampailah ia martabat Nafsul Mulhamah atau Nafsul Mutma’innah.
       Orang yang mengikut martabat ini sayugialah memperbanyakkan zikrullah ‘ALLAH ALLAH ALLAH’ sama ada berdiri atau duduk atau baring.

AN-NAFSUL-AMMARAH
        Nafsu yang menyuruh kearah melakukan maksiat/jahat. Inilah serendah-rendah nafsu.
        Untuk mensucikan diri dari Nafsul Ammarah hendaklah dengan memperbanyakkan Zikrullah, Wirid, mempelajari Ilmu Tasawuf, Ilmu Thariqat, Ilmu Suluk dan ilmu yang bermanfaat untuk akhiratnya.
Nafsul Ammarah mempunyai enam perkara:
1.Mempunyai perjalanan iaitu kepada Allah Taala.
2.Mempunyai Alam (Alamul Ajsam) iaitu Alam Fizikal.
3.Mempunyai hal cenderung kepada kejahatan.
4.Mempunyai wirid iaitu Syariat.
5.Antara sifatnya iaitu jahil, bakhil, tamak, takabbur, bercakap sia-sia, pemarah, suka makan, hasad dengki, lalai, perangai jahat dan suka menyakiti orang dan lalin-lain lagi.
        Untuk bebas dari Nafsul Ammarah sayugialah memperbanyakkan zikrullah ‘LAA ILAA HA ILLALLAH’ sama ada berdiri atau duduk atau baring.

AN-NAFSUL-MULHAMAH

Perjalanannya Alallah, matahatinya tidak menyimpang dari syuhud terhadap perbuatan Allah. Hatinya beriman dan yakin sepenuhnya terhadap perbuatan itu berpunca daripada Allah.
Alamnya Alamul Arwah.
Tempatnya di dalam ruh.
Halnya asyik kepada Allah.
Wiridnya ma’rifat akan Allah.
          Sifatnya As-Sakha iaitu murah hati, qanaah, tidak tamak, ilmuddin, tawadhu’, merendah diri, halim yakni tidak pemarah, Tahammulul Adzaa iaitu tahan sakit, memaafkan orang lain, menunjukkan orang cara beramal salih dan berbuat kebajikan, menerima alasan dan keuzuran orang, syuhud perbuatan dirinya perbuatan segala manusia dan makhluk-makhluk yang lain hasil daripada kudrat Allah.
          Diantara sifatnya As-Sauq, rindu, menangis, susah hati, mengasing diri, sibuk dengan beribadat kepada Allah, sibuk dengan Zikrullah.
          Sayugialah memperbanyakkan zikir ‘HUWA HUWA HUWA’ atau ‘LAA HUWA ILLA HUWA’. Diperbanyak zikir secara Jahar (lantang dan kuat) supaya berkesan di hati.
          (HUWA) dibulatkan dalam hati kewujudan Allah yang mutlak seolah-olah matahati melihat Allah tanpa warna, tanpa tempat, tanpa jisim dan tanpa serupa dengan sesuatu.
          (LAA HUWA ILLA HUWA) dibulatkan didalam ingatan didalam hati tiada yang wujud selain Allah swt.



Cabang Iman 77 Bahagian



Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw bersabda, “Iman itu memiliki tujuh puluh cabang (riwayat lain tujuh puluh tujuh cabang) dan yang paling utama ialah Laa ilaaha illa Allah, dan yang terendah ialah membuang duri dari jalan. Dan malu juga merupakan salah satu cabang iman.” (Ashhabus Sittah)

      Banyak ahli hadits yang menulis risalah mengenai cabang iman di antaranya ialah : Abu Abdillah Halimi rah a dalam Fawaidul Minhaj, Imam Baihaqi rah a dalam Syu’bul Iman, Syaikh Abdul Jalil rah a dalam Syu’bul Iman, Ishaq bin Qurthubi rah a dalam An Nashaih, dan Imam Abu Hatim rah a dalam Washful Iman wa Syu’buhu.

        Para pensyarah kitab Bukhari rah a menjelaskan serta mengumpulkan ringkasan masalah ini dalam kitab-kitab tersebut. Walhasil pada hakikatnya iman yang sempurna itu mempunyai 3 (tiga) bagian :

1. Tashdiq bil Qalbi, yaitu meyakini dengan hati,
2. Iqrar bil Lisan, mengucapkan dengan lisan, dan
3. Amal bil Arkan, mengamalkan dengan anggota badan.


Cabang iman terbahagi lagi menjadi 3 (tiga) bahagian, yaitu yang berhubungan dengan :

1) Niat, aqidah, dan amalan hati;

2) Lidah; dan

3) Seluruh anggota tubuh.


Ikuti dengan lebih lanjut dalam dua blog ini.

Sumber: http://imanyakin.wordpress.com/2010/01/18/cabang-iman/#more-198
           http://1khalifah.wordpress.com/2010/12/19/cabang-iman-77-bahagian/

Saturday, May 12, 2012

Petikan surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani





          Sahabat-sahabatku yang dikasihi. Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya. Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.


          Bila cahaya dari “Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi…” mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala. Lampu hati itu “berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang…” Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud “bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati…” dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia “memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api”. Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri. Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?


       Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang “…dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi. Lantaran Allah “…menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan “cahaya di atas cahaya” berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi yang cemerlang…” malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan “bertaubat di awal pagi” terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata: 


            Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah.


             Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah “yang Allah beri petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang benar” dan bukan “mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu akan memahami rahsia: 


           Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).


               Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan “perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.


               Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya. 




http://tamansufi.tripod.com/asrar01.html

Friday, May 11, 2012

Bacaan Duduk Antara Dua Sujud

Masa solat, sap.. sap... laju.. baca sekilas tanpa kita memahami makna. Post bacaan ni memang banyak dah kat facebook, admin nak simpan bacaan berserta makna ini sebagai tatapan umum untuk sekalian umat manusia serta untuk diri admin juga. Moga kita dapat menghayati bacaan (doa) ini dan Moga Allah menerima doa kita. 



✔ Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)

✔ Warhamnii (Rahmati aku)

✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)

✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)

✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)

✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)

✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)

✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)

Syaikh Abd al-Qadir al-Jilani dan Iblis II



Dari kisah nyata ini para ulama kita menuliskan catatan penting, sebagai berikut:


1. Syaikh Abd al-Qadir tahu bahwa yang datang tersebut adalah Iblis, karena Iblis menyerupai sinar. padahal Allah bukan sinar. Allah yang menciptakan segala sinar, maka Allah tidak sama dengan ciptaan-Nya tersebut. Adapun nama Allah (dalam al-Asma' al-Husna) "an-Nur", bukan artinya bahwa Allah sebagai cahaya, tetapi artinya "Yang Maha memberi petunjuk", sebagaimana telah dijelaskan oleh sahabat Abdullah ibn Abbas dalam penafsiran beliau terhadap firman Allah: "Allahu Nur as-Samawati...".


2. Bahwa yang datang tersebut Iblis, adalah karena ia berkata bahwa segala kewajiban telah digugurkan, dan segala yang diharamkan telah ia halalkan. jalas, klaim semacam ini bukan dari syari'at Allah dan rasul-Nya, karena seseorang, setinggi apapun derajatnya, tidak akan pernah gugur darinya kewajiban shalat 5 waktu, puasa ramadan, juga tidak akan pernah menjadi halal baginya untuk berzina, mencuri, membunuh, dan perkara haram lainnya. Dengan demikian bila ada yang mengaku dirinya "wali", sementara ia meninggalkan kewajiban2, atau mengerjakan perkara2 haram, maka ia bukan wali Allah , tapi wali Iblis.


3. Bahawa yang datang tersebut Iblis, karena ia berkata-kata dengan huruf, suara, dan bahasa. padahal sifat Kalam Allah bukan huruf, bukan suara dan bukan bahasa, karena bila demikian maka Allah sama dengan makhluk-Nya. adapun kitab al-Qur'an; dalam bentuk tulisan-tulisan Arab, huruf-huruf, dibaca dengan lidah dan suara, ditulis di atas lembaran-lembaran, maka itu adalah UNGKAPAN ('Ibarah) dari Kalam Dzat Allah. (lebih jelas baca tentang "al-Qur'an Kalam Allah").

4. Bahwa yang datang tersebut Iblis, karena Iblis berada di tempat syaikh Abd al-Qadir. Padahal Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah, karena Allah bukan benda yang memiliki bentuk dan ukuran. Allah bukan benda yang dapat disentuh tangan (bukan Hajm Katsif; seperti manusia, tanah, tumbuhan, dll), dan Allah bukan benda yang tidak dapat disentuh dengan tangan (bukan Hajm Lathif; seperti cahaya, udara, ruh, dll).


            Allah yang menciptakan Hajm Katsif dan Hajm lathif, maka Allah bukan sebagai hajm (benda). Dan oleh karena Allah bukan benda maka Dia tidak boleh disifati dengan sifat-sifat benda, seperti bergerak, turun, naik, memiliki tempat, memiliki arah, dan lainnya. karena setiap benda dan sifat-sifatnya adalah makhluk Allah, dan Allah tidak sama dengan makhluk-Nya. oleh karenanya, ulama kita sepakat bahwa Allah ada tanpa tempat dan tanpa arah.

Amir al-Mu'minin Ali ibn Abi Thalib -semoga Allah meridlainya- berkata:


كَانَ اللهُ وَلاَ مَكَانَ وَهُوَ اْلآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَان


"Allah ada (pada azal) dan belum ada tempat dan Dia (Allah) sekarang (setelah menciptakan tempat) tetap seperti semula, ada tanpa tempat" (Dituturkan oleh al-Imam Abu Manshur al-Baghdadi dalam kitabnya al-Farq Bayn al-Firaq, h. 333).

Thursday, May 10, 2012

Syaikh Abd al-Qadir al-Jilani dan Iblis


         Cerita ini dikutip oleh para ulama kita, di antaranya oleh Syaikh Abd al-Wahhab asy-Sya'rani dalam ath-Thabaqat al-Kubra, Syaikh Yusuf Isma'il an-Nabhani dalam Jami' Karamat al-Awliya', Ibn al-Imad al-Hanbali dalam Syadzrat adz-Dzahab Fi Akhbari Man Dzahab, dan lainnya.


         Bahwa suatu ketika Wali Allah yang sangat saleh; Syaikh Abd al-Qadir al-Jilani dalam khalwat-nya (berseorangan dan beribadah) didatangi Iblis yang menyerupai sinar sangat indah, Iblis berkata: "Wahai Abd al-Qadir, Aku adalah Allah, seluruh kewajiban telah aku gugurkan darimu, dan segala yang haram telah aku halalkan bagimu. Maka berbuatlah sesukamu, karena seluruh dosa-dosamu telah aku ampuni....".

           Saat itu pula Syaikh Abd al-Qadir manjawab: "Khasi'ta ya Iblis... Khasi'ta ya la'in... (Kurang ajar engkau wajai Iblis.. Kurang ajar engkau wahai makhluk terkutuk..)".

           Iblis kemudian mengaku bahwa dirinya adalah Iblis, ia berkata: "Wahai Abd al-Qadir, engkau telah mengalahkanku dengan ilmumu, padahal dengan cara ini aku telah menyesatkan 70 orang lebih ahli ibadah (yang tidak berilmu)...".


Wednesday, May 9, 2012

5 WASIAT DARI ALLAH S.W.T. KEPADA RASULULLAH S.A.W



Dari Nabi S.A.W., "Pada waktu malam saya diisrakkan sampai ke langit, Allah S.W.T telah memberikan lima wasiat, antaranya :




1. Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau.


2. Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.


3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.


4. Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereka.


5. Rajinlah mengerjakan sembahyang tahajjud kerana sesungguhnya pertolongan itu berserta qiamullail.
Ibrahim bin Adham berkata, "Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu, dan saya tahu mereka itu adalah wakil guru tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah nasihat yang berguna kepada saya, yang akan membuat saya takut kepada Allah S.W.T.




Lalu mereka berkata, "Kami wasiatkan kepada kamu 7 perkara, iaitu :


1. Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.


2. Orang yang banyak makan janganlah kamu harapkan sangat kata-kata himat darinya.


3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia janganlah kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.


4. Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.


5. Orang yang bodoh janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.


6. Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.


7. Orang yang mencari keredhaan manusia janganlah harapkan sangat akan keredhaan Allah daripadanya."

Tuesday, May 8, 2012

10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :


1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.


4. Orang lelaki yang melarikan diri.


5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan riba'.


10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 


Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

Monday, May 7, 2012

MANUSIA BERHADAPAN DENGAN ENAM PERSIMPANGAN






Abu Bakar r.a. berkata, " Sesungguhnya iblis berdiri di depanmu, jiwa di sebelah kananmu, nafsu di sebelah kirimu, dunia di sebelah belakangmu dan semua anggota tubuhmu berada di sekitar tubuhmu. Sedangkan Allah di atasmu. 


Sementara iblis terkutuk mengajakmu meninggalkan agama, 


jiwa mengajakmu ke arah maksiat, 


nafsu mengajakmu memenuhi syahwat, 


dunia mengajakmu supaya memilihnya dari akhirat, 


anggota tubuh mengajakmu melakukan dosa.


Dan Tuhan mengajakmu masuk Syurga serta mendapat keampunan-Nya, sebagaimana firmannya yang bermaksud, " Dan Allah mengajak ke Syurga serta menuju keampunan-Nya..."


Siapa yang memenuhi ajakan iblis, maka hilang agama dari dirinya.


Sesiapa yang memenuhi ajakan jiwa, maka hilang darinya nilai nyawanya. 


Sesiapa yang memenuhi ajakan nafsunya, maka hilanglah akal dari dirinya. 


Siapa yang memenuhi ajakan dunia, maka hilang akhirat dari dirinya.


Dan siapa yang memenuhi ajakan anggota tubuhnya, maka hilang syurga dari dirinya.


Dan siapa yang memenuhi ajakan Allah S.W.T., maka hilang dari dirinya semua kejahatan dan ia memperolehi semua kebaikan."


Iblis adalah musuh manusia, sementara manusia adalah sasaran iblis. Oleh itu, manusia hendaklah sentiasa berwaspada sebab iblis sentiasa melihat tepat pada sasarannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...