Thursday, May 31, 2012

WASIAT PALSU SYEIKH AHMAD.- Dr. Yusuf Qardhawi

PERTANYAAN:


Pada suatu saat secara kebetulan saya menerima sepucuk surat dan setelah saya baca, saya merasa bingung mengenai isinya. Kerana itu, saya mohon penjelasan Ustaz untuk menjelaskan isi surat tersebut, apakah benar atau tidak.


Surat tersebut ditandatangani oleh seorang fa'il khair
(pembuat kebaikan, dermawan) yang berisi wasiat Syeikh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw, yang ditujukan kepada segenap kaum muslimin di dunia timur maupun barat. Juga berisi macam-macam nasihat.


Pada bahagian akhir surat tersebut dikatakan, "Di Bombay
terdapat seseorang yang menyalin surat tersebut dan
membahagi-bahagikannya kepada tiga puluh orang, lalu Allah memberikannya rezeki sebanyak dua puluh lima ribu rupiah, ada pula yang membagi-bagikannya lalu ia mendapat rezeki dari Allah sebanyak enam ribu rupiah. Sebaliknya, ada pula orang yang mendustakan wasiat tersebut, sehingga anaknya meninggal dunia pada hari itu."


Dalam surat tersebut dikatakan bahawa orang yang telah
memperolehi dan membaca wasiat itu tetapi tidak
menyebarkannya kepada orang lain, akan ditimpa musibah
besar.


Bagaimanakah pendapat Ustaz mengenai masalah tersebut?
Apakah benar atau tidak?




JAWAPAN:


Memang ramai orang yang bertanya tentang wasiat tersebut. Dan sebenarnya kemunculan surat wasiat ini bukan saja baru-baru ini, tetapi saya telah melihatnya sejak puluhan tahun lalu. Surat tersebut dinisbatkan kepada seorang lelaki yang terkenal dengan sebutan Syeikh Ahmad, juru kunci makam Rasulullah saw.


Untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan dalam surat tersebut, saya pernah menanyakan kepada
orang-orang di Madinah dan di Hijaz. Saya mencari informasi mengenai orang yang disebut Syeikh Ahmad itu beserta aktivitinya. Dari informasi yang didapati, ternyata tidak ada seorang pun di Madinah yang pernah melihat dan mendengar berita mengenai Syeikh Ahmad ini. Tetapi sayangnya, wasiat yang menyedihkan itu telah tersebar luas di negara-negara umat Islam.


Wasiat tersebut dengan segala isinya tidak ada arti dan
nilainya sama sekali dalam pandangan agama. Di antara isi
wasiat yang diasaskan pada pendapat Syeikh Ahmad yang katanya bermimpi bertemu Nabi saw itu ialah tentang telah dekatnya hari kiamat.


Masalah berita kedekatan kiamat ini sebenarnya tidak perlu
mengikuti pendapat Syeikh Ahmad atau Syeikh Umar, kerana Al Quran telah mengatakan dengan jelas:


"... boleh jadi hari kebangkitan itu sudah dekat
waktunya." (Al Ahzab: 63)


Begitu pula Nabi saw telah bersabda:


"Aku dan hari kiamat diutus (secara berdekatan)
seperti ini. Beliau (mengatakan demikian) sambil
memberi isyarat dengan jari telunjuk dan jari
tengahnya." (Muttafaq 'alaih dari hadits Anas dan
Sahl bin Sa'ad)


Hal lain dari isi wasiat itu ialah bahawa kaum wanita
sekarang sudah banyak yang keluar rumah, dan ramai yang
telah menyimpang dari agama. Masalah ini pun sebenarnya
tidak perlu mengambil sumber dari mimpi-mimpi, kerana kita sudah mempunyai kitab Allah dan sunnah Rasul yang sudah mencukupi untuk dijadikan pedoman. Allah berfirman:


"... Pada hari ini telah Kusempurnakan untukmu
agamamu, dan telah Kucukupkan nikmat-Ku atas kamu,
dan telah Kuredhai Islam menjadi agamamu ..." (Al
Maa'idah: 3)


Orang yang beranggapan bahawa Din Islam yang telah
disempurnakan Allah ini masih memerlukan keterangan yang diwasiatkan oleh orang yang tidak dikenal itu, bererti dia meragukan kesempurnaan dan kelengkapan Dinul Islam. Islam telah sempurna dan telah lengkap, tidak memerlukan wasiat apa pun.


Isi wasiat tersebut jelas memperlihatkan kebohongan dan kepalsuan wasiat tersebut. Sebab, pewasiat telah mengancam dan menakut-nakutkan orang yang tidak mahu menyebarluaskannya bahawa ia akan mendapat musibah dan kesusahan, anaknya akan mati, dan hartanya akan habis. Hal ini tidak pernah dikatakan oleh seorang manusia pun (yang normal fikirannya), terhadap kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. Tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Al Quran harus menulisnya setelah itu kemudian menyebarluaskannya kepada orang lain; dan jika tidak, akan terkena musibah. Begitu pula tidak ada perintah bahawa orang yang membaca Sahih Bukhari harus menulisnya dan menyebarluaskannya kepada khalayak ramai, sebab kalau tidak, akan tertimpa musibah.


Kalau Al Quran dan Sunnah Rasul tidak begitu, maka
bagaimana dengan wasiat yang penuh khurafat itu? Ini
merupakan sesuatu yang tidak mungkin dibenarkan oleh akal orang Muslim yang memahami Islam dengan baik dan benar.


Kemudian dalam wasiat tersebut dikatakan bahawa si Fulan di negeri ini dan ini kerana telah menyebarluaskan wasiat
tersebut ia mendapat rezeki sekian puluhan ribu ringgit. Semua itu merupakan khurafat dan penyesatan terhadap umat Islam dari jalan yang benar dan dari mengikuti Sunnah serta peraturan Allah terhadap alam semesta.


Untuk memperoleh rezeki, ada sebab-sebabnya, ada jalan dan aturannya. Adapun bersandar kepada khayalan dan khurafat seperti dalam wasiat itu adalah merupakan usaha untuk menyesatkan dan menyelewengkan akal fikiran umat Islam.


Kita perlu menjaga dan mengawasi kaum muslimin agar tidak membenarkan dan percaya kepada khurafat seperti ini dan agar tidak mempunyai anggapan bahawa orang yang menyebarluaskan wasiat palsu tersebut akan mendapat syafaat dari Nabi saw. Sebagaimana yang dikatakan oleh penulis surat yang batil itu.


Sesungguhnya syafaat Nabi saw juga diperuntukkan bagi
umatnya yang pernah melakukan dosa-dosa besar. Hal ini sudah disebutkan dalam hadith-hadith sahih (dan tidak perlu bersumberkan pada wasiat melalui mimpi) bahawa
Rasulullah saw bersabda:


"Orang yang paling berbahagia akan memperoleh
syafaatku pada hari kiamat ialah orang yang telah
mengikrarkan "Laa ilaaha illallah" dengan perasaan
ikhlas dan lubuk hatinya." (HR Bukhari)


Kami mohon kepada Allah Azza wa Jalla semoga Dia berkenan menjadikan umat Islam mengerti tentang agama mereka. Semoga memberi petunjuk dan bimbingan kepada mereka ke jalan yang lurus, serta melindungi mereka agar tidak mempercayai berbagai khurafat, khayalan dan kebatilan.


-----------------------
Fatwa-fatwa Kontemporer
Dr. Yusuf Qardhawi
Gema Insani Press




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...