AN-NAFSUL-LAWWAMAH
Nafsu yang mengkeji segala perbuatan jahat atau maksiat tetapi belum bebas dari maksiat disebalik kegemarannya melakukan perbuatan mentaati Allah, tetapi belum tetap melakukannya.
Sebenarnya sedang diperingkat memerangi hawa nafsu Ammarah. Setiap kali melakukan dan mahu melakukan maksiat atau kejahatan, ia mencela dirinya dan tidak gemar perbuatan itu.
Nafsul Lawwamah mempunyai enam perkara:
1. Mempunyai perjalanan iaitu Lillahi Taala yakni semata-mata kerana Allah.
2. Alamnya Alamul Mitsal (Alam Barzakh).
3. Tempatnya di hati.
4. Halnya cintakan berbuat ibadat yang diperintahkan Allah.
5. Wiridnya iaitu Ilmu Thariqat.
6. Sifatnya iaitu mengeji segala kejahatan dan menyesali diri sendiri apabila cuai berbuat kebaikan, banyak memikir-mikir, ujub, riya’, banyak menentang orang lain, suka menjadi ketua, menyesal masih lagi ada sesetengah nafsul ammarah.
Ia melihat benar itu benar dan batil itu batil, mengetahui segala sifat jahat itu dicela syara’ tetapi belum bebas darinya.
Ia gemar beribadat tetapi dalam hatinya suka orang memuji amalannya. Jika hilang ujub, riya’nya sampailah ia martabat Nafsul Mulhamah atau Nafsul Mutma’innah.
Orang yang mengikut martabat ini sayugialah memperbanyakkan zikrullah ‘ALLAH ALLAH ALLAH’ sama ada berdiri atau duduk atau baring.
AN-NAFSUL-AMMARAH
Nafsu yang menyuruh kearah melakukan maksiat/jahat. Inilah serendah-rendah nafsu.
Untuk mensucikan diri dari Nafsul Ammarah hendaklah dengan memperbanyakkan Zikrullah, Wirid, mempelajari Ilmu Tasawuf, Ilmu Thariqat, Ilmu Suluk dan ilmu yang bermanfaat untuk akhiratnya.
Nafsul Ammarah mempunyai enam perkara:
1.Mempunyai perjalanan iaitu kepada Allah Taala.
2.Mempunyai Alam (Alamul Ajsam) iaitu Alam Fizikal.
3.Mempunyai hal cenderung kepada kejahatan.
4.Mempunyai wirid iaitu Syariat.
5.Antara sifatnya iaitu jahil, bakhil, tamak, takabbur, bercakap sia-sia, pemarah, suka makan, hasad dengki, lalai, perangai jahat dan suka menyakiti orang dan lalin-lain lagi.
Untuk bebas dari Nafsul Ammarah sayugialah memperbanyakkan zikrullah ‘LAA ILAA HA ILLALLAH’ sama ada berdiri atau duduk atau baring.
AN-NAFSUL-MULHAMAH
Perjalanannya Alallah, matahatinya tidak menyimpang dari syuhud terhadap perbuatan Allah. Hatinya beriman dan yakin sepenuhnya terhadap perbuatan itu berpunca daripada Allah.
Alamnya Alamul Arwah.
Tempatnya di dalam ruh.
Halnya asyik kepada Allah.
Wiridnya ma’rifat akan Allah.
Sifatnya As-Sakha iaitu murah hati, qanaah, tidak tamak, ilmuddin, tawadhu’, merendah diri, halim yakni tidak pemarah, Tahammulul Adzaa iaitu tahan sakit, memaafkan orang lain, menunjukkan orang cara beramal salih dan berbuat kebajikan, menerima alasan dan keuzuran orang, syuhud perbuatan dirinya perbuatan segala manusia dan makhluk-makhluk yang lain hasil daripada kudrat Allah.
Diantara sifatnya As-Sauq, rindu, menangis, susah hati, mengasing diri, sibuk dengan beribadat kepada Allah, sibuk dengan Zikrullah.
Sayugialah memperbanyakkan zikir ‘HUWA HUWA HUWA’ atau ‘LAA HUWA ILLA HUWA’. Diperbanyak zikir secara Jahar (lantang dan kuat) supaya berkesan di hati.
(HUWA) dibulatkan dalam hati kewujudan Allah yang mutlak seolah-olah matahati melihat Allah tanpa warna, tanpa tempat, tanpa jisim dan tanpa serupa dengan sesuatu.
(LAA HUWA ILLA HUWA) dibulatkan didalam ingatan didalam hati tiada yang wujud selain Allah swt.
No comments:
Post a Comment