Monday, June 25, 2012

Nikmat Khusyuk Solat Tanda Amalan Ibadat Lain Diterima II


         Jika solat itu dibuat secara lalai maka ia boleh mendatangkan musibah dan memberi kesan buruk terhadap kelakuan seseorang.

          Firman Allah yang bermaksud: “Maka kecelakaan besar bagi orang yang sembahyang. (Iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.” (Surah al-Maa’un, ayat 5)

       Maksud lalai ialah mereka yang melakukan solat tidak menyedari bilangan rakaatnya, malas melakukan solat sehingga bertangguh-tangguh kerana mengutamakan pekerjaan lain, terburu-buru melakukan solat dan tidak merasai nikmat melakukan solat pada awal waktu.

         Memandangkan solat adalah perintah Allah SWT, maka pelaksanaan solat hendaklah dilaksanakan secara khusyuk mengikut peraturan tertentu. Solat yang hakiki dilakukan secara khusyuk akan melindungi seseorang daripada melakukan perbuatan berdosa.

         Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Perbezaan antara manusia dan perbezaan antara syirik dan kufur ialah meninggalkan solat.” (Hadis riwayat Muslim)

       

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...